Terjemah kepada bahasa lain

Ahad, 26 Mei 2013

MORFOLOGI

Morfologi merupakan ilmu atau pengetahuan tentang pembentukan kata. Morfologi melibatkan morfem dan kata dalam proses pembentukannya. Jadi, Morfem ialah unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna dan boleh menjadi unsur dalam pembentukan kata. Manakala, kata pula merupakan bentuk bahasa yang bebas, boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal apabila diberikan intonasi yang sesuai dan mempunyai mesej atau maksud yang lengkap.

Sabtu, 25 Mei 2013

CITA-CITA SAYA

Saya sebenarnya sudah lama berminat dengan profesion peguaman. Saya berminat dengan profesion ini kerana profesion ini mencabar bagi saya. Selain itu, saya juga memilih peguam sebagai cita-cita saya kerana jumlah komuniti OKU Penglihatan seperti saya ini masih sedikit yang melibatkan diri dalam bidang guaman. Saya juga ingin membuktikan kepada orang ramai bahawa kecacatan bukan menjadi penghalang untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

PERJALANAN HIDUP SAYA

Saya dilahirkan dalam keadaan sempurna seperti insan lain. Saya hanya dapat melihat alam ini sehingga umur saya 7 tahun. Pada tahun 2000, satu ujian Allah telah menimpa saya, iaitu saya mengalami demam panas yang dahsyat. Ibu dan bapa saya telah membawa saya ke klinik 24 jam untuk mendapatkan ubat. Setibanya saya di klinik tersebut, doctor yang bertugas memeriksa saya dan menyatakan yang saya bukan mengalami demam panas tetapi mengalami demam campak. Doktor tersebut pun memberi saya ubat demam campak. Selepas itu, ibu dan bapa saya pun mempercayai bahawa saya mengalami demam campak. Kedua ibu bapa saya menyuruh saya makan ubat demam campak yang diberikan oleh doctor tersebut. Setelah saya makan ubat itu, seluruh badan saya mengelupas kemerah-merahan termasuk mata saya. Pada keesokan harinya, kedua ibu bapa saya sekali lagi membawa saya ke klinik yang sama. Doktor yang sama menyatakan bahawa saya sakit mata dan seterusnya memberi saya ubat sakit mata. Setelah menggunakan ubat sakit mata tersebut, mata saya kian menjadi merah dan berair. Ibu bapa saya pergi berjumpa dengan doctor terseburt untuk mendakwa kesalahannya terhadap saya, iaitu memberi salah ubat. Doktor itu tidak mahu bertanggungjawab dan doctor tersebut juga mengatakan see you in the cought. Selepas dua minggu, keadaan saya semakin kritikal. Ibu bapa saya membuat keputusan untuk membawa saya ke hospital swasta, iaitu tempat bapa saya bekerja. Saya telah dimasukkan ke ICU kerana keadaan saya ketika itu sangat lesu dan kritikal.