Terjemah kepada bahasa lain

Sabtu, 25 Mei 2013

PERJALANAN HIDUP SAYA

Saya dilahirkan dalam keadaan sempurna seperti insan lain. Saya hanya dapat melihat alam ini sehingga umur saya 7 tahun. Pada tahun 2000, satu ujian Allah telah menimpa saya, iaitu saya mengalami demam panas yang dahsyat. Ibu dan bapa saya telah membawa saya ke klinik 24 jam untuk mendapatkan ubat. Setibanya saya di klinik tersebut, doctor yang bertugas memeriksa saya dan menyatakan yang saya bukan mengalami demam panas tetapi mengalami demam campak. Doktor tersebut pun memberi saya ubat demam campak. Selepas itu, ibu dan bapa saya pun mempercayai bahawa saya mengalami demam campak. Kedua ibu bapa saya menyuruh saya makan ubat demam campak yang diberikan oleh doctor tersebut. Setelah saya makan ubat itu, seluruh badan saya mengelupas kemerah-merahan termasuk mata saya. Pada keesokan harinya, kedua ibu bapa saya sekali lagi membawa saya ke klinik yang sama. Doktor yang sama menyatakan bahawa saya sakit mata dan seterusnya memberi saya ubat sakit mata. Setelah menggunakan ubat sakit mata tersebut, mata saya kian menjadi merah dan berair. Ibu bapa saya pergi berjumpa dengan doctor terseburt untuk mendakwa kesalahannya terhadap saya, iaitu memberi salah ubat. Doktor itu tidak mahu bertanggungjawab dan doctor tersebut juga mengatakan see you in the cought. Selepas dua minggu, keadaan saya semakin kritikal. Ibu bapa saya membuat keputusan untuk membawa saya ke hospital swasta, iaitu tempat bapa saya bekerja. Saya telah dimasukkan ke ICU kerana keadaan saya ketika itu sangat lesu dan kritikal.

1 ulasan: